RSS

Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan: Membuat permainan UFO

Pernahkah anda menonton filem bernama " E.T." ? Saya menonton filem ini sejak saya kecil dan saya sangat suka filem ini. " E.T." datang ke bumi dengan UFOnya. Kami akan membuat UFO ini dengan bahan-bahan yang disediakan.

Kertas warna, gunting, gam dan dua keping piring kertas

Gamkan sekeliling piring kertas



Lekatkan kedua-dua piring kertas

Gunting corak geometri dengan kertas warna
Lekat corak geometri atas piring kertas



Setelah UFO yang cantik telah disiapkan, anda  boleh membawa hasil UFO sendiri  ke padang untuk bermain dengan kawan-kawan. Lihatlah UFO siapa yang terbang dengan tinggi. 



 Piring kertas juga boleh menghasilkan ikan yang mudah dan cantik

Tugasan

Selamat datang ke blog saya dan harap blog saya akan mendatangkan banyak manfaat kepada anda semua. Sebagai pelajar UPSI dikehendaki membina blog pengajaran dan pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini menjadi satu cabaran kepada saya dan saya dapat mempelajari membina blog sendiri dengan mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog saya. Kami bersama-sama berusaha menguasai kemahiran-kemahiran membina blog dengan cekap dan penuh keyakinan serta mencapai kualiti penyampaian yang cemerlang.