Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
Hari ini, murid-murid akan menghasilkan gasing mudah menggunakan box board dan pensel. Bahan-bahan yang diperlukan adalah gunting, gam, pensel, krayon, rupa bulatan pada kertas lukisan dan box board.
Bahan: gam, pensel, rupa bulatan pada kertas lukisan dan box board |
Jenis-jenis gasing dan menerangkan bahagian-bahagian gasing seperti paksi, badan dan kepala |
Langkah 1: Melakar corak pada bulatan kertas lukisan yang telah disediakan |
Langkah 2: Mewarnakan bulatan kertas lukisan yang dilakar |
Langkah 3: Menampal hiasan corak pada box board |
Langkah 4: Mencucuk pensel pada bahagian tengah badan gasing |
Murid ini mencucuk pensel pada bahagian yang salah |
Gasing mudah |
Refleksi: Murid-murid suka gasing mudah ini. Mereka memutarkan gasing
mudah yang telah dihasilkan. Pensel yang dicucuk pada bahagian
tengah badan gasing akan menjadi longgar jika dimainkan dalam
masa yang panjang. Oleh itu, pensel itu sepatutnya dicucuk dan
dilekatkan pada bahagian tengah badan gasing dengan
menggunakan gam UHU. Pensel tidak akan menjadi longgar
kalau diputar dalam masa yang panjang.