RSS

Bidang Mengenal Kraf Tradisional - Gasing Mudah

       Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
      Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
       Hari ini, murid-murid akan menghasilkan gasing mudah menggunakan box board dan pensel. Bahan-bahan yang diperlukan adalah gunting, gam, pensel, krayon, rupa bulatan pada kertas lukisan dan box board.

Bahan: gam, pensel, rupa bulatan pada kertas lukisan dan box board
Jenis-jenis gasing dan menerangkan bahagian-bahagian gasing seperti paksi, badan dan kepala
Langkah 1: Melakar corak pada bulatan kertas lukisan yang telah disediakan
Langkah 2: Mewarnakan bulatan kertas lukisan yang dilakar
Langkah 3: Menampal hiasan corak pada box board
Langkah 4: Mencucuk pensel pada bahagian tengah badan gasing
Murid ini mencucuk pensel pada bahagian yang salah
Gasing mudah


Refleksi: Murid-murid suka gasing mudah ini. Mereka memutarkan gasing   
             mudah yang telah dihasilkan. Pensel yang dicucuk pada bahagian 
             tengah badan gasing akan menjadi longgar jika dimainkan dalam
             masa yang panjang. Oleh itu, pensel itu sepatutnya dicucuk dan 
             dilekatkan pada bahagian tengah badan gasing dengan 
             menggunakan gam UHU. Pensel tidak akan menjadi longgar 
             kalau diputar dalam masa yang panjang.

0 comments: