RSS

Bidang Mengenal Kraf Tradisional : Tembikar

    Tembikar adalah salah satu kraftangan tradisional di Malaysia. Tembikar ialah kraftangan yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilapkan. Murid-murid boleh menggunakan plastisin sebagai bahan gantian untuk menghasilkan tembikar. 

Langkah 1: Membentuk plastisin secara memanjang dan membentuk bahagian tapak dengan lingkaran plastisin

Langkah 2: Membentuk badan tembikar dengan teknik lingkaran


Kelihatan badan tembikar dari atas

Langkah 3: Membentuk leher dan mulut tembikar dengan teknik lingkaran

Murid ini gembira dengan hasil tembikarnya


Menghasilkan siput yang cantik dengan teknik lingkaran selepas menghasilkan tembikar

 Refleksi:  Murid-murid dapat membentuk badan tembikar dengan teknik lingkaran. 
                Tetapi sebahagian kecil murid dapat membentuk leher dan mulut tembikar 
                dengan teknik lingkaran.Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar 
                pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan minta  
                murid-murid mengikut langkah demi langkah saya untuk membentuk leher 
                dan mulut tembikar.