RSS

Bidang Menggambar : Resis

   Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin, cat air dan krayon dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas di dalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting. Pengajaran saya hari ini ialah menggunakan warna berasaskan air dan krayon dalam teknik resis. Saya menyediakan berus lukisan, palet, krayon, warna berasaskan air dan kertas lukisan untuk murid-murid.


Langkah 1: Melakar lukisan dengan krayon di kertas lukisan mengikut kreativiti murid


Lakaran dengan krayon berwarna putih
Langkah 2: Mewarna dengan warna berasaskan air dari atas ke bawah
sapuan warna berasaskan air yang tidak rata
"Angry Birds" yang digemari oleh semua kanak-kanak
Tulisan "Angry Bird" yang kreatif

Refleksi: Murid-murid suka akan penghasilan gambar dengan teknik resis kerana boleh 
             menggunakan warna berasaskan air. Murid-murid yang mewarna menggunakan 
             warna berasaskan air dengan tidak rata perlu banyak latihan. Saya akan 
             mengajar murid-murid mewarna dengan warna berasaskan air yang berlainan 
             dalam pengajaran ini sekali lagi.

0 comments: