RSS

Bidang Menggambar: Mewarna gambar ulat

     Saya mengajar murid-murid saya mewarna ulat dengan krayon, mereka  suka akan gambar ulat yang saya edarkan. Ini bukan kali pertama mereka menggunakan krayon untuk mewarna. Mereka sudah menggunakan krayon untuk mewarna sejak tahun 1. Selepas mewarnakan ulat itu, murid-murid diminta melukis dan mewarna latar belakang dengan krayon mengikut kreativiti masing-masing.

Ini kelas pendidikan seni saya.


Bermula dengan kepala ulat

Berikut dengan badan ulat

Mewarna daun-daun

Melukis dan mewarna latar belakang dengan kreativiti sendiri



Refleksi: Murid-murid boleh mewarnakan ulat dengan krayon. Kelemahan   
              sebahagian murid-murid adalah melakar latar belakang lukisan.
              Pengajaran melakar latar belakang lukisan diperlukan pada 
              pembelajaran seterusnya.











  
Video klip yang menghasilkan gambar ulat dengan teknik resis

Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan: Membuat permainan UFO

Pernahkah anda menonton filem bernama " E.T." ? Saya menonton filem ini sejak saya kecil dan saya sangat suka filem ini. " E.T." datang ke bumi dengan UFOnya. Kami akan membuat UFO ini dengan bahan-bahan yang disediakan.

Kertas warna, gunting, gam dan dua keping piring kertas

Gamkan sekeliling piring kertas



Lekatkan kedua-dua piring kertas

Gunting corak geometri dengan kertas warna
Lekat corak geometri atas piring kertas



Setelah UFO yang cantik telah disiapkan, anda  boleh membawa hasil UFO sendiri  ke padang untuk bermain dengan kawan-kawan. Lihatlah UFO siapa yang terbang dengan tinggi. 



 Piring kertas juga boleh menghasilkan ikan yang mudah dan cantik

Tugasan

Selamat datang ke blog saya dan harap blog saya akan mendatangkan banyak manfaat kepada anda semua. Sebagai pelajar UPSI dikehendaki membina blog pengajaran dan pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini menjadi satu cabaran kepada saya dan saya dapat mempelajari membina blog sendiri dengan mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog saya. Kami bersama-sama berusaha menguasai kemahiran-kemahiran membina blog dengan cekap dan penuh keyakinan serta mencapai kualiti penyampaian yang cemerlang.